Sunday, October 11, 2009

ya Allah..berikanlah kesihatan yang baik kepada anak2ku...

tuhan lebih tahu apa yang tersurat ke atas setiap ujian yang ditimpakan kepada hambanya..
dalam minggu ni saja kami terpaksa berkejar ke hospital sebanyak 2 kali...gara2 anakku yang kecil berusia genap 2tahun pada 12hb10 ni mengalami masalah cerit-berit yang agak teruk!sebenarnya masalah sakit ni bermula sejak start raya lagi,tapi keadaan anak tak la membimbangkan..sehinggalah pada hari selasa lepas anak muntah2 tak dapat kawal hingga muntah sekadar keluar air kuning yang tak de apa2 isi!dengan serta merta kami kejarkan anak ke ppukm,masuk terus ke kecemasan,tapi...nama jer kecemasan!!anak terpaksa menunggu rawatan selepas 3 jam!!anak dah terkulai,muntah tak henti2,rasa lapar,menangis,last2 aku sebagai ibu menangis juga kat situ..lihat keadaan anak..hati ibu mana yang tak sedih,kanak2 katagori baby pun kena tunggu sebegitu lama untk dapatkan rawatan..itula nama hospital..walaupun pendaftaran di kenakan rm30 tapi servis tetap sama macam hospital2 lain!! ya Allah..saat lihat anak tak berdaya walaupun telah di isi air..hanya allah yang tahu perasaan ku ketika itu..anak terpaksa diletakkan di wad pemerhatian,selepas 4 jam dibenarkan keluar..tapi sebelum keluar aku dikejutkan dengan keadaan anakku yang mengeluarkan najis begitu banyak sehinggakan terkeluar2 dari pampers yang dipakainya..selimut,cadar,seluar dan baju yang dipakai semua terkena najis,tapi bila doktor sampai dia seolah-olah macam biasa saja..sekadar beri nasihat dan beritahu punca..aku heran sungguh tengok doktor ni..kekadang kita bukan mainla penik tapi dia ni selamberr jerr..lepas keluar hospital tu anak kami still berak2 lagi dan ditambah plak dengan demam yang tinggi..selang 2 hari kami bawa pulak anak ke hospital pusrawi,layanan memang puas hati!sampai kaunter kecemasan,petugas di situ cepat2 ambik borang penal kami dan terus dapat nombor giliran,tak lama mundar-mandir situ,sampai giliran..dapat doktor yang behh! beri semangat,care sangat pada anak,usap,pujuk,doktor tu pun pangkat tok pada anakku..sebab memang dah berumur dan banyak pengalaman...walaupun anakku terpaksa di isi air lagi tapi aku boleh heret air tu kemerata tempat!takla kena duduk kat atas katil jerr..tau2 jerla budak kecik mana nak duduk diam walaupun tak sihat..tapi aku amat bersyukur..dan berharap moga2 anak2ku thalhah,ukasyah dan usamah sentiasa sihat dan kuat seperti insan2 pejuang rasullullah selepas peristiwa ini......sayang umi dan abi pada anak2 tak bertepi walau bukan mudah untuk mendidik anak tapi itula hakikat yang sememangnya pasti.....

2 comments:

  1. bersabarlah kak.. tentu ada hikmah di sebalik semua ujian ini..Allah bersama dengan orang2 yang bersabar!Allah tidak akan uji hambaNya melainkan sesuai dgn tahap hambaNya.Bersyukurlah kerana terpilih untuk mendapat ujian daripadaNya.Apa yang penting???'kerjasama!'hehe...betul2 persefahaman dan toleransi antara pasangan.Semoga lebih tabah ,menghadapi hidup ini..Semoga anak2 kita menjadi penyejuk kalbu dan mampu mendoakan kebahagiaan kita dunia dan akhirat, amin.Doakan kami di sni juga yer...

    ReplyDelete
  2. k.irra pun berharap mudah2an ukhwah antara kita trus terjalin agar kita dapat nasihat menasihati dan memberi sokongan antara satu sama lain...perjuangan hidup disana pasti akan diberi ganjaran yang banyak sekiranya adk terus bersabar..teruskan perjuangan sahabatku...

    ReplyDelete