Friday, October 16, 2009

diri ini juga memerlukan masa privasy...

anak2 semua tidur awal,my hubby pergi ke surau ada majlis tahlil. Aku rasa sesekali tidak di kelilingi hiruk pikuk suara anak2..aku rasa pikiran aku jadi lebih tenang..sebenarnyer dalam sibuk menjalankan tanggugjawab sebagai ibu,isteri dan guru, aku juga memerlukan masa untuk diriku sendiri..aku ada masa juga nak belek muka,tangan,kaki yang kurasakan ada sedikit kekusaman dan kurang bermaya akibat sebuk melayan kehendak anak2 yang pelbagai karenah..baru ku sedar..ait?bila plak jerawat besar ni tumbuh kat dagu ni..??sebab aper pulak la yer..rasanyer dah lama makhluk asing ni tak bertenggek kat muka aku?entahlaa..biasanya seorang ibu atau isteri ni tak sedar akan perubahan pada diri sendiri dek kerana lebih mengutamakan orang2 tersayang disekelilingnya..lebih2 lagi abang ah dah start peksa tadi..subjek sains dan lukisan.awal2 lagi aku tolong buat ulang kaji untuk anak kesayanganku ini..sebagai ibu aku bangga juga sebab guru2 di sekolah selalu kata yang abang ah ni memang anak yang baik,mudah faham apa yang guru ajar dan amat mendengar kata..entahla..harap2 itula yang ku harapka pada anak sulungku ini..peksa awal tahun ari tu abang ah dapat nombor 3,harap2 akhir tahun ni perkembangan pelajaran anakku semakin baik..tapi yang aku rasa seronok sangat, abang ah dah dapat menghafal dari surah al-fatihah sampai izajaanasrullahiwalfath,aku tak mengajar anakku mengaji iqra',tapi mengaji mukaddam biasa dengan kaedah ejaan..awal2 dulu memang aku dah cuba ajar cara iqra',mengaji dah sampai iqra'3,tapi aku macam tak puas hati sebab abang ah tak reti mengeja cuma tau membaca.. aku rasa mengeja tu walaupun lambat tapi aku puas hati!! sian gak anak2 kena buat experiment plak...apa2 pun aku mengharapkan perkara yang terbaik untuk anak2 ku yang semakin bijak dan mengerti akan erti kehidupan ini...

2 comments:

  1. salam kak.privasi?betul2 tuh..huhu ada jerawat besar kat dagu?teringat zaman belajar dulu2.akk kalu muncul makhluk sing tuh bila akk ni bercinta.hehe tengah hangat bercinta ker skg?ataupun kita ni banyak sangat berfikir, itulah munculnya makhluk tuh.ataupun dah dekat bulan mengambang kot,hehe..
    tapi apa2halpun penampilan kena cantik depan suamikan.Barulah hubby sayangkan?badan pun sentiasa kena wangi.macam kami kat sini,anak2 seminggu sekali mandi.sejuk bangat sih!pasal anak2..segala2nya kita sanggup lakukan,tapi kita tahu pengakhirannya adalah utk kebahagiaan kita bersama jugak walaupun kita berpenat lelahkan?
    ok, selamat berjerawat yer.best aper ada jerawat tuh,hehe.rasa muda apa...

    ReplyDelete
  2. w'salam..hari2 memang kena wangi..pakai makeup,ala..kita bukan buat sumer tu kat luar rumahkan..bukan aper nak hilangkan kemaruk bila tengok orang cantik bermakeup kat luar tuu..hehehe...ingat tak yang adk pun suka makeup time kat bilik dulu pt14??bukan main lagi menyolek muka yek..paling beh bila habby balik dari o/s mesti kena pakai elok2..ala..nak ussala..hehehe..

    ReplyDelete