Saturday, October 31, 2009

bila la aku akan dapat tiket dari allah untuk menjejakkan kaki ke rumahNyaa...

petang ni cuaca tidak panas dan bila menjelang akhir petang cuaca akan bertukar hujan yang lebat disusuli dengan kilat dan bunyi guruh yang kuat..my hubby dan 2 orang anak ku pergi ke majlis doa selamat sahabatku yang hendak menunaikan haji pada 7hb november ini melalui penerbangan yang ke 50.Semua jemaah haji yang menaiki penerbangan dari 50-100 akan terus mendarat ke makkah dan selepas habis menunaikan semua ibadah barulah semua jemaah ini akan pergi ke kota madinah dengan menaiki bas yang di sediakan..samalah seperti pengalaman mak bapak ku yang menunaikan fardu haji pada musim yang lepas..iaitu dengan melalui penerbangan yang ke-78. Selepas hampir 2 minggu di makkah mak bapak mengalami batuk yang sangat memeritkan! mak kata bukan mereka saja tetapi hampir semua jemaah haji mengalami sakit yang serupa...tiada ubat yang mak bapak makan kecuali hanya memperbanyakkan minum air zam-zam dengan berselawat dan berdoa mudah2an penyakit itu cepat sembuh..Alhamdulillah hampir 10 hari barulah agak lega tekak mak bapak..pernah sekali tu aku cuba menelefon mak tapi hanya kedengaran bunyi yang tak ku fahami dek kerana mereka memang langsug tak ada suara...kasihannyer mak bapak...hampir setiap waktu bapak akan tunggu emak pergi kemasjid..terasa sangat hubungan dan kasih sayang mereka bertambah erat sewaktu disana..mereka akan pergi kemasjid setiap waktu subuh dan balik kebilik masing2 menjelang habis waktu dhuha untuk makan tengah hari dan akan kembali semula ke masjid bila hampir menjelang waktu asar dan akan berada di masjid sehingga selesai solat isyak..begitula rutin kehidupan mereka berdua di sana...pernah satu hari bapak keletihan berjalan untuk ke masjid kerana hotel tempat mereka duduk agak jauh dari masjid dan bapak menghentikan perjalanannya dan terus terduduk di tepi jalan raya yang sangat sebuk! tiba2 ada sebuah van berhenti dan menumpangkan mereka untuk ke masjid..mungkin itula pertolongan Allah datang dengan serta merta untuk menolong hambanya yang benar2 ikhlas untuk beribadah..dan kebiasaannya suasana di kawasan masjid akan dipenuhi lautan manusia yang dari pelbagai bentuk rupa dan warna..Alhamdulillah walaupun kadang 2 mak bapak terlewat sampai dan ruang untuk solat semua sudah di penuhi manusia..mak akan berdiri cuba mancari ruang dan pasti akan ada orang yang menarik tangan mak untuk memberi ruang mak bersolat...sewaktu mak bapak di tanah suci aku dan adik beradik yang lain tidak pernah lupa setiap waktu untuk mendoakan mak bapak dan membacakan surah yaasin demi mengharapkan mak bapak mudah segala urusannya ketika di sana...aku rasa peranan anak yang soleh seperti apa yang allah katakan memang ada sangkut pautnya walaupun mereka masih berada di dunia...mudah2an aku dan adik beradik ku yang lain akan menjadi harta yang boleh digunakan mak bapak ketika mereka di jemput Ilahi satu hari nanti...begitu juga aku mengharapkan pada anak2 ku juga agar mereka juga bakal menjadi insan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kami ibu bapanya bila kami telah tiada...

Thursday, October 29, 2009

lamanyer tak up date blog...tak tau aper nak citer..

emm..my hubby and anak2 semua dah tidur..aku jer yang terkebil2 mata payah nak lelap..mungkin petang tadi cuaca sejuk menyebabkan aku sempat melelapkan mata walau tidak lama tapi itula antara punca mata ini payah nak lena..sebenarnya dalam aku terkebil2 mata pejam celik mata tak boleh nak lelap tapi sempat juga aku teringat pada hasil penulisan aku yang tergendala berkaitan tentang perjalanan seorang wanita yang bergelar suri hidup seorang suami..kisah itu mungkin tentang aku dan tapi mungkin juga kisah orang lain yang mempunyai kisah perjalanan hidup yang serupa..aku masih ingin terus menulis dan menghabiskan kisah2 yang terjadi dalam buku sulungku ini..sebenarnya bukan mudah nak menyiapkan setiap bab dalam penulisanku dek kerana kesenggangan masa yang mungkin kurang di titik beratkan..itulah aku sebagai insan biasa yang bergelar manusia tidak kisah tentag erti masa yang telah ditinggalkan sedangkan setiap manusia tau masa tidak akan kembali atau berputar semula ditempat asalnya...
Mak...apa khabarla mak sekarang??kiranya sudah hampir 2 minggu aku tidak tahu khabar tentangnya..moga2 emak bapak sihat dan beroleh ketenangan hidup di dunia ini dan di akhirat nanti..musim haji dah pun kembali..penerbangan pertama sudah pun berlepas..ini menandakan sudah genap setahun mak bapak kembali ke tanah air setelah menunaikan haji pada tahun lepas..terasa masa cepat berlalu..teringat aku waktu mengiringi mak bapak ke pusat tabung haji tempat berkumpulnya semua jemaah haji yang nak berlepas menunaikan haji dalam penerbangan yang ke 78..sangat ramai! terujanya aku untuk menjejaki mak bapak ku ke tanah suci satu hari nanti..penarbangan mak pada pukul 5 pagi dan seawal jam 3 pagi jemaah haji telah mendaftarkan diri masuk kedalam bangunan tabung haji untuk mendengar taklimat sebelum berlepas ke KLIA dengan menaiki bas..termasuk mak bapak ku..orang terlalu ramai beratur untuk mandapatkan tag name dan entah apa lagi..mujurlah ada seorang yang seperti mengenali mak bapak ku dan menghampiri mereka lalu bertanya khabar..rupanya anak angkat mak saudaraku bekerja menguruskan bakal2 jemaah haji ke makkah..jadi bertambah mudahlah urusan mereka kerana mak bapak tak perlu beratur malah anak saudara mak tu tadila yang datang sendiri ke khemah tempat kami adik beradik berkumpul menyerahkan barang yang di perlukan..Alhamdulillah..aku terus berdoa moga2 semua urusan mak bapak di sana nanti semudah urusan tadi..jam menunjukkan 3 pagi..mak bapak diantara orang yang terawal masuk kedalam bangunan tadi..setelah mak bapak masuk maka di situlah tempat perpisahan kami..sebelum mereka masuk..hanya peluk cium dan tangisan yang menjadi kenangan kami sebalum pemergian mereka selama 43 hari ke tanah suci untuk mencari keredhaan ilahi...pada situasi ketika itu..hanya tuhan saja yang mengerti peritnya hati ini melihat mak bapak semakin lama semalin hilang pada pandangan mata kami...sedihnya masih terasa sehingga kini jika di imbas kembali peristiwa itu..jam 3.30 pagi aku teru balik ke rumah yang hanya 30 minit perjalanan untuk sampai ka rumah..adik beradik lain pun turut serta pulang kerumah masing2..itula kami bertemu ketika itu..dan selang seminggu selepas tu barula ada khabar tentang mak bapak..bapak telefon kakak yang mengatakan mereka sihat dan seronok berada di sana..tapi sebelum bapak telefon aku telah mendapat mimpi yang mak sesat disana..mimpi tu seolah2 benar2 terjadi! bangun dari tidur aku menangis..dan terfikir..bagaimana jika mimpi itu benar2 terjadi pada mak ku..Alhamdulillah rupanya pada siang harinya aku di khabarkan yang mak bapak sihat dan tak perlu risaukan mereka..ada banyak cerita yang mak bapak ceritakan sekembalinya mereka ke tanah air..tapi mata ini terasa dah mengantuk..takut terlewat bangun jer subuh esok kalau lewat2 tidur ni...dan InsyaAllah aku akan sambung cerita kisah perjalanan haji mak bapak ku dalam post2 akan datang...cerita yang sangat menyeronokkan yang menyebabkan kita sangat teruja untuk ke tanah suci juga...tunggu....

Friday, October 23, 2009

leganya..terubat rindu rasanya.............

Alhamdulillah..malam ini adalam malam pertama meeting usrah yang memang ku tunggu2 sejak duduk di bandar besar ni..aku rasa amat lega kerana dapat mengumpulkan sahabat sealiran ku yang cintakan ilmu dan sentiasa ingin menambahkan ilmu yang ada di dada...sahabat2 yang menghadiri usrah pertamaku ini memang orang2 yang berpengalaman menjadi orang2 penting di kampus masing2 sewaktu belajar dulu..seronoknya dengar pengalaman masing2 yang amat mencabar waktu diTQ kan...waktu aku menceritakan pengalaman ku diTQkan..hatiku amat sebu menahan sebak didada kerana teringatkan sahabat2 lama dan terasa amat dekat penceritaanku tadi dengan suasana ketika terjadinya peristiwa2 di TQ...alangkah seronoknya seandainya dipertemukan dengan sahabat2 lama...mungkin bertemu dan berpisah hanya keranaNya..itu yang membuat hatiku tidak pernah melupakan mereka...Alhamdulillah pertemuan malam ini banyak rezki yang menjadi hidangan kami,ada mee bandung,roti canai,kek buah,kek coklat dan selaku tuan rumah aku menyediakan air milo panas...seronok sekali sebab aku dan para isteri berusrah dirumah dan para suami solat berjemaah dan bertahlil di surau..dan selesai bertahlil para suami ikut serta dalam perbincangan usrah ku tadi..dan yang lebih seronok lagi next week akan diadakan usrah keluarga yang di adakan di tasik bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara anak2 dan keluarga...akan ada pengisian yang lebih bermanafaat. mudah2an usaha murni kami untuk meningkatkan pengatahuan dalam agama Allah ini mendapat pertolongan dariNya...dan ku doakan sahabat2 lama ku semua yang pernah mengenali diri ini semoga kalian beroleh ketenangan dan keredhaan dalam setiap apa yang kalian kerjakan....salam rindu dari ku!!

Wednesday, October 21, 2009

student start axam syafawi

petang ni my student baru start ujian syafawi di sek.ren.agama usmaniah bandar tun razak. alhamdulillah..mereka dah cukup prepare menghafaz semua surah2 pendek,sederhana dan surah yang panjang dalam juz amma. tadi disebabkan 2 orang student aku lambat, maka van pengangkutan dah pun hantar dulu mana student yang dah ada tu,so aku pun terpaksa calling my hubby minta pertolongan hantarkan budak yang tertinggal van ni..aku kalau ikutkan hati nak jer drive kereta sendiri,tapi entahla..lama sungguh tak pegang stereng kereta,jadi cam betul2 tak confident bila drive kereta tu..tapi aku ingat pas ni aku kena beranila bawak walau kereta kat depan apartment aku tu memang bersimpang siur..last aku pegang stereng dengan confidentnya time aku mengandungkan adik dah sarat pastu jadi malas nak bawak sebab waktu tu mmemang dah duduk rumah dan tak sambung belajar lagi..tu yang manja sikit sebab nak pergi mana2 ada orang nak tolong hantar!dan bila hal2 kecemasan macam ni terjadi aku pun terpaksa cari pengangkutan yang memerlukan kos. Tadi baru aku suarakan kat my hubby yang aku nak on kan balik lesen kereta aku yang dah off tahun lepas, dan nak belajar memandu dengan confident! aku rasa panjang jugak langkah aku ni kalau aku dah terer memandu kat KL ni....hehehe....

Tuesday, October 20, 2009

Monday, October 19, 2009

masak simple jer...

nak masak tengah hari ni aku langsung memang tak der idea..masak pun pukul 1 baru nak masuk dapur..lagi pun ari ni aku cuti,tu yang tak la kelam kabut sangat nak bersiap bagai...tadi bila jenguk dapur,buka peti besi aku tu... baru aku dapat idea nak masak apa..peti besi tu sebenarnya peti ais aku..bukan aper..bila orang datang jer rumah aku diaorang dok tanya..rumah ni tak der peti ais ker...time family aku datang tu pun dok cari gak..rupanya memang betul,peti ais aku tu memang cam peti besi!hehehe...peti ais mini...my hubby ni gusar ngat kalau dengan barang beso2,susah nak pindah..aku pun tak kisah ngat ngan barang2 kat umah aku..rumah aku sekarang ni pun cam padang bola jer..clear..emm..cakap pasal masak tadi..aku bukak peti tadi aku nampak ada ikan patin,ada ayam,ada sayur..sambal udang petang semalam ada lagi sikit..jadi nak mudahkan keje masak aku,aku createla sendiri bahan nak masak ikan patin ni..aku ambik sambal udang semalam yang memang masik elok!pastu aku masukkan dalam periuk kecik jer..than aku masukkanla air setengah periuk tu..akupun tambah serai,lengkuas,garam dan bahan perasa sikit..bila mendidih jer aku masuk kan asam keping dan ikan patin tadi...kacau2 jap..siapla nama resepi aku ikan patin masak asam pedas!! dan resepi kedua aku tengah hari ni..ayam goreng berempah special..ayam yang aku nampak kat peti besi aku tadi aku keluarkan than aku potong kecik2(mudah nak makan..)pastu aku nampak ada serbuk kari,aku pun capai than masukkan dalam mangkuk yang ada ayam tadi..masuk garam sikit,serbuk perasa sikit,letak bawang merah,putih,tabur gula sikit..pastu gaul2 sampai sebati,simpan jap..tak lama tu gorengla..jadila ayam goreng berempah special..ait..my hubby dah balik tu..nak prepare makan la..k..

Saturday, October 17, 2009

alhamdulillah...anakku semakin sihat...

selepas bangkit dari demam dan sakit ceret beret yang lepas,anakku semakin berselera nak makan.selepas bangun jer dari tidur adik mesti nak susu,pastu aku akan mandikan dan terus suap nasi..adik sangat selera!sebelum ni walau tak kena ceret beret adik akan makan nasi kena paksa dan kalau suka rela pun akan makan nasi seminggu sekali..aku seronok sangat tengok perubahannya..bukan hanya adik,abang ah dan abang chik pun cukup selera bila aku mula menyuap makan pada adik..perkembangan seperti inilah yang ku harapkan..aku pun tak tau kenapa anak2ku sangat sukar untuk makan nasi sebelum ni..tapi kalau makanan selain nasi memang dia suka..terutamanya kek coklat,kuih muih,biskut dan yang penting gula2..kadang2 dalam seminggu aku terpaksa buat kek coklat sampai 3kali,kuih serimuka,dougnut,pengat,bubur, dan yang entah aper2 pun sangat kerap..semua ikut kehendak anak..itu yang menyebabkan anak2ku sukar nak menjamah nasi..aku memang kena peka apa kegemaran anak2 dan akupun memang kena tau cara nak masak makanan kesukaan anak2ku..itula ibu yang ada masa dan sentiasa dikelilingi anak2 setiap hari..walaupun dirasakan menjemukan kerana hari2 rutin harian yang sama tapi aku amat bersyukur..tanpa suami dan anak2 di sisi tak bermakna hidup ini..kerana mereka amat membahagiakan hidup ku di dunia dan mudah2an diakhirat nanti juga...

Friday, October 16, 2009

diri ini juga memerlukan masa privasy...

anak2 semua tidur awal,my hubby pergi ke surau ada majlis tahlil. Aku rasa sesekali tidak di kelilingi hiruk pikuk suara anak2..aku rasa pikiran aku jadi lebih tenang..sebenarnyer dalam sibuk menjalankan tanggugjawab sebagai ibu,isteri dan guru, aku juga memerlukan masa untuk diriku sendiri..aku ada masa juga nak belek muka,tangan,kaki yang kurasakan ada sedikit kekusaman dan kurang bermaya akibat sebuk melayan kehendak anak2 yang pelbagai karenah..baru ku sedar..ait?bila plak jerawat besar ni tumbuh kat dagu ni..??sebab aper pulak la yer..rasanyer dah lama makhluk asing ni tak bertenggek kat muka aku?entahlaa..biasanya seorang ibu atau isteri ni tak sedar akan perubahan pada diri sendiri dek kerana lebih mengutamakan orang2 tersayang disekelilingnya..lebih2 lagi abang ah dah start peksa tadi..subjek sains dan lukisan.awal2 lagi aku tolong buat ulang kaji untuk anak kesayanganku ini..sebagai ibu aku bangga juga sebab guru2 di sekolah selalu kata yang abang ah ni memang anak yang baik,mudah faham apa yang guru ajar dan amat mendengar kata..entahla..harap2 itula yang ku harapka pada anak sulungku ini..peksa awal tahun ari tu abang ah dapat nombor 3,harap2 akhir tahun ni perkembangan pelajaran anakku semakin baik..tapi yang aku rasa seronok sangat, abang ah dah dapat menghafal dari surah al-fatihah sampai izajaanasrullahiwalfath,aku tak mengajar anakku mengaji iqra',tapi mengaji mukaddam biasa dengan kaedah ejaan..awal2 dulu memang aku dah cuba ajar cara iqra',mengaji dah sampai iqra'3,tapi aku macam tak puas hati sebab abang ah tak reti mengeja cuma tau membaca.. aku rasa mengeja tu walaupun lambat tapi aku puas hati!! sian gak anak2 kena buat experiment plak...apa2 pun aku mengharapkan perkara yang terbaik untuk anak2 ku yang semakin bijak dan mengerti akan erti kehidupan ini...

puaser 6 tak abih lagi...

dah ujung2 syawal ni baru nak terkejar2 nak cukupkan 6 hari puase sunat tuu..entahla..iman tak kuat lagi aku ni...kena banyak tarbiah lagi..bercakap pasal tarbiah,teringat akan kenangan lama time aku belajar2 dulu...kena tarbiah TQ9 kalau tak silap aku..yang bertuahnye ramai yang pergi TQ9 ni jodoh datang awal..aper taknyer..aku sendiri mengakhiri zaman remaja pada usia 22tahun,tak dan konvo tuu...time konvo dah ada insan tersayang kat sebelah...sahabat setarbiah aku pun sama..awal sikitla...dalam usia 21tahun..aper yang ku fikirkan, anak kami dan pun bersekolah walaupun usia kami masih 20-an...tapi itula yang dinamakan rezeki...aku rasa aku tak pernah menyesali dengan takdir yang Allah berikan ini...walaupun aku bekerja sekadar mengisi masa2 yang terluang dan bukanlah bekerja dengan semata2 kerana habuan yang besar tapi aku puas dapat mencurahkan ilmu yang ku ada sepanjag aku belajar erti hidup di dunia ini...hati ni sering juga kata..bila yer aku nak dapat kerja yang betul2 di namakan kerja macam orang lain?? mungkin Allah menahan untuk aku memperolehi rezki itu dan menggantikan aku dengan sesuatu yang lain..mungkin...segala2nya adalah kehendaknyer..jauh di sudut hati ni tetap mengharapkan yang suatu hari nanti Allah akan membalas setiap kesabaranku selama ini...

Tuesday, October 13, 2009

sopo seng arek belajar ngomong jowo merenela...

mulo2 kaget jugak aku koncoku izma iso paham tulisan bahasa jowoki..tapi sak tenane ngomong jowo ki bukan ne payah,kadang2 wong jowo dewe pun koyo isin arek ngaku seng die memang wong jowo..rak kesahla mak bapak ee jowo ke,embah hee jowo kee..seng pasti kito memang keturunan jowo..wong jowo rame apo seng pande..cikgu ku ngomong beyen,wong jowo pande sebab akeh mangan tempe!!tapi aku ki wong jowo seng orak la pande banget..isola sitik2 angger ditakoni..aku ki agger cerito pasal wong jowo macem2la..pasal rajin wong lanang jowo memang rajin!bukan ne opo..aku perasan neng keluargaku dewe..mantu lanangnge mak ku enek papat,anak lanangnge pulak enek pitu..mantune seng telu uduk wong jowo.angger balik kampung mantu seng uduk jowo ki koyo dayoh wae..tapi aku delok kakang2ku angger neng gone mertuo ne rajinnee la melebu dapur..nolong masak,ngawe wedang..lebih2 lagi angger kenduri..koyone die la seng paling eker neng dapur nyediakke panganan..kuila..entok bojo wong jowo ki untung! beyen aku memang angan2 arek ngolek bojo wong jowo,tapi wes ditemuk ke jodoh wong adoh,terimo wae laa..tapi bojoku apik walaupun uduk jowo..kadang2 aku perasan jugak seng aku ki sukak banding ke die karo bapak ku..koyo ne kok lain banget! seng pasti aku memang sayang banget karo bojokuu...

Monday, October 12, 2009

perasaan yang sangat kecewa....

hari ni perasaan aku agak emosional...gara2 my studentla! aku bukan mainla semangat datang kelas nak mengajar dan yang penting aku nak war2kan maklumat yang ku terima tentang taklimat yang takdapat ku hadiri tadi..tapi last2 calon upkk kelas aku tak ramai yang hadir..dapat sms beri alasan yang tak dapat nak ku terima...hii..geram sungguh ngan budak2 ni..cam manala maklumat nak sampai kalau malas nak masuk kelas??aku ni kalau ngajar b.arab dah la kena belajar betul2 kat umah dulu baru bleh ngajar budak2 ni..tu yang aku hot kalau student tak datang!!dia orang ni ada yang cerdik..tu yang kalau kelas b.arab student tanya lebih2 aku terpaksa cari talian hayat dengan serta merta!b.arab memang dari dulu aku serender...bayangkan time peksa darjah enam sek.ren.agama aku hebat b.arab!!dapat la..16% tu yang aku tak diterima masuk sek men agama walau dah apply!dan sekarang kena gak aku berhadapan dengan subjek bertuah tuu..sian gak bila bayangkan kat member2 kat itm dulu..time b.arab jer aku memang cari kawan sebelah yang pandai b.arab..esspecilly k.emyla..dia memang banyak bantu aku..lagi pun dia roommate aku..akupun heran selama satu sem duk sebilik ngan k.emy aku rasa aku tak pernah berasa hati ataupun bergaduh ngan dia...dia memang jenis cool..kalau izma b.arab memang pakar!aku segan sikit ngan dia dulu..sebab dia student kesayangan ust. b.arab kat kelas aku dulu..sesuaila..sebab dia memang cerdik!!tapi yang pastinya walaupun aku dilahirkan bukan dikalangan orang yang dikategorikan cerdik pandai!aku bertuah sebab aku sentiasa dikelilingi orang2 yang baik dan cerdik2!tu yang aku pun dah agak cerdik sekarang...yerla..dah pandai sikit taip agak laju nak di bandingkan waktu aku belajar dulu...he..he..he..apa2 pun aku memang geram ngan student aku dan pas ni aku nak tulis surat mewajibkan student datang kelas!dan yang pastinya aku memang rindukan sahabat2 aku kat uitm dulu terutamanya yang 4 orang tuu..izma,k.emy,mas dan kak lah!! bukan apa..kawan susah senang time tahun akhir dulu...walau dah lama tak jumpa aku sentiasa doakan mereka semua berjaya dunia dan akhirat dan aku tetap berharap satu hari nanti kami akan berjumpa bersama keluarga masing2...love u all..

versi jowo...

makku wes 9(songo) dino neng gone kakakku,koyone wes suie banget! bapak orak melok bareng mak jarae boring neng kono orak enek opo2 seng arek di gae...wingi kuila aku merono..karo delok kakak e delok mak e jugak..melas jugak karo mak koyo wes kangen karo bapak..biosola wong tuek..wes bioso dorong wong loro neng ngomah,iki kok di tinggal suie...koyo manten baru jugakla..yo kangen-kangenan!!aku arek balek mambengi pun koyo mak orak aweh,jarae wes bengi,kok orak turu keni wae too..bukan ne emoh turu ngone kakak e dewe tapi long dino senen ngesok arek podo kerjo..kuila ati ne mak,angger wes temu anak e payah arek di lepaskee...tapi seng pasti...aku memang sang banget karo mak bapak kuuuuu.......

manusia hanya perancang yang bijak tetapi Allah penentu yang mutlak...

pagi ni sepatutnya aku kena menghadiri sesi taklimat tentang peperiksaan upkk yang akan bermula 19hb ni hingga 29hb di masjid wilayah jalan duta,malam tadi semua dah prepare,baju anak2 dah masuk beg,baju sekolah abang ah,baju keja my hubby,dan baju aku sendiri pun dah siap ku ion.anak2 memang ku letakkan di tempat asuhan kanak2 tak jauh dari tempat kami tinggal sekiranya aku pergi mengajar di sebelah petang.itulah yang dinamakan satu perancangan....pagi tadi memang bangun awal,dah siap solat,ready makanan pagi sikit,pastu try kejut anak2..tapi anak kami yang kecik tu buat hal..menangis tak bleh nak pujuk,abang ah plak tak nak bangun2!yang abang chik(anak ke2)plak memang dah dari malam tadi tempah awal2 tak nak gi rumah makcik(tempat pengasuh)...aduhai..mungkin anak2 mengantuk,malam tadi kami sampai lewat kerumah dari rumah kakakku di batu 10 banting,tengok baby kakak yang baru lahir..anak2 tidur lewat tu yang bangun pagi liat!! jadi aku pun capai tepon terus inform yang aku tak bleh hadir untuk taklimat ni dan ada wakil guru lain yang tolong dengar untuk aku..inila gara2 tak biasa bangun awal pagi,last2 tugasan umi pun terpaksa dibatalkan! itulah seorang ibu...demi anak2 terpaksa korbankan apa saja...asalkan dapat lihat anak2 selesa,gembira,sihat sejahtera sudah cukup membuatkan umi dan abi lapang dada dan bahagia....

Sunday, October 11, 2009

ya Allah..berikanlah kesihatan yang baik kepada anak2ku...

tuhan lebih tahu apa yang tersurat ke atas setiap ujian yang ditimpakan kepada hambanya..
dalam minggu ni saja kami terpaksa berkejar ke hospital sebanyak 2 kali...gara2 anakku yang kecil berusia genap 2tahun pada 12hb10 ni mengalami masalah cerit-berit yang agak teruk!sebenarnya masalah sakit ni bermula sejak start raya lagi,tapi keadaan anak tak la membimbangkan..sehinggalah pada hari selasa lepas anak muntah2 tak dapat kawal hingga muntah sekadar keluar air kuning yang tak de apa2 isi!dengan serta merta kami kejarkan anak ke ppukm,masuk terus ke kecemasan,tapi...nama jer kecemasan!!anak terpaksa menunggu rawatan selepas 3 jam!!anak dah terkulai,muntah tak henti2,rasa lapar,menangis,last2 aku sebagai ibu menangis juga kat situ..lihat keadaan anak..hati ibu mana yang tak sedih,kanak2 katagori baby pun kena tunggu sebegitu lama untk dapatkan rawatan..itula nama hospital..walaupun pendaftaran di kenakan rm30 tapi servis tetap sama macam hospital2 lain!! ya Allah..saat lihat anak tak berdaya walaupun telah di isi air..hanya allah yang tahu perasaan ku ketika itu..anak terpaksa diletakkan di wad pemerhatian,selepas 4 jam dibenarkan keluar..tapi sebelum keluar aku dikejutkan dengan keadaan anakku yang mengeluarkan najis begitu banyak sehinggakan terkeluar2 dari pampers yang dipakainya..selimut,cadar,seluar dan baju yang dipakai semua terkena najis,tapi bila doktor sampai dia seolah-olah macam biasa saja..sekadar beri nasihat dan beritahu punca..aku heran sungguh tengok doktor ni..kekadang kita bukan mainla penik tapi dia ni selamberr jerr..lepas keluar hospital tu anak kami still berak2 lagi dan ditambah plak dengan demam yang tinggi..selang 2 hari kami bawa pulak anak ke hospital pusrawi,layanan memang puas hati!sampai kaunter kecemasan,petugas di situ cepat2 ambik borang penal kami dan terus dapat nombor giliran,tak lama mundar-mandir situ,sampai giliran..dapat doktor yang behh! beri semangat,care sangat pada anak,usap,pujuk,doktor tu pun pangkat tok pada anakku..sebab memang dah berumur dan banyak pengalaman...walaupun anakku terpaksa di isi air lagi tapi aku boleh heret air tu kemerata tempat!takla kena duduk kat atas katil jerr..tau2 jerla budak kecik mana nak duduk diam walaupun tak sihat..tapi aku amat bersyukur..dan berharap moga2 anak2ku thalhah,ukasyah dan usamah sentiasa sihat dan kuat seperti insan2 pejuang rasullullah selepas peristiwa ini......sayang umi dan abi pada anak2 tak bertepi walau bukan mudah untuk mendidik anak tapi itula hakikat yang sememangnya pasti.....

Sunday, October 4, 2009

Salam Eidul Fitri

Salam Aidil Fitri dari kami sekeluarga: Ubai, Irra, Talhah, Ukasyah & Usamah.

Saturday, October 3, 2009

Salam

Selamat berkunjung ke blog ini
testing