Saturday, October 31, 2009

bila la aku akan dapat tiket dari allah untuk menjejakkan kaki ke rumahNyaa...

petang ni cuaca tidak panas dan bila menjelang akhir petang cuaca akan bertukar hujan yang lebat disusuli dengan kilat dan bunyi guruh yang kuat..my hubby dan 2 orang anak ku pergi ke majlis doa selamat sahabatku yang hendak menunaikan haji pada 7hb november ini melalui penerbangan yang ke 50.Semua jemaah haji yang menaiki penerbangan dari 50-100 akan terus mendarat ke makkah dan selepas habis menunaikan semua ibadah barulah semua jemaah ini akan pergi ke kota madinah dengan menaiki bas yang di sediakan..samalah seperti pengalaman mak bapak ku yang menunaikan fardu haji pada musim yang lepas..iaitu dengan melalui penerbangan yang ke-78. Selepas hampir 2 minggu di makkah mak bapak mengalami batuk yang sangat memeritkan! mak kata bukan mereka saja tetapi hampir semua jemaah haji mengalami sakit yang serupa...tiada ubat yang mak bapak makan kecuali hanya memperbanyakkan minum air zam-zam dengan berselawat dan berdoa mudah2an penyakit itu cepat sembuh..Alhamdulillah hampir 10 hari barulah agak lega tekak mak bapak..pernah sekali tu aku cuba menelefon mak tapi hanya kedengaran bunyi yang tak ku fahami dek kerana mereka memang langsug tak ada suara...kasihannyer mak bapak...hampir setiap waktu bapak akan tunggu emak pergi kemasjid..terasa sangat hubungan dan kasih sayang mereka bertambah erat sewaktu disana..mereka akan pergi kemasjid setiap waktu subuh dan balik kebilik masing2 menjelang habis waktu dhuha untuk makan tengah hari dan akan kembali semula ke masjid bila hampir menjelang waktu asar dan akan berada di masjid sehingga selesai solat isyak..begitula rutin kehidupan mereka berdua di sana...pernah satu hari bapak keletihan berjalan untuk ke masjid kerana hotel tempat mereka duduk agak jauh dari masjid dan bapak menghentikan perjalanannya dan terus terduduk di tepi jalan raya yang sangat sebuk! tiba2 ada sebuah van berhenti dan menumpangkan mereka untuk ke masjid..mungkin itula pertolongan Allah datang dengan serta merta untuk menolong hambanya yang benar2 ikhlas untuk beribadah..dan kebiasaannya suasana di kawasan masjid akan dipenuhi lautan manusia yang dari pelbagai bentuk rupa dan warna..Alhamdulillah walaupun kadang 2 mak bapak terlewat sampai dan ruang untuk solat semua sudah di penuhi manusia..mak akan berdiri cuba mancari ruang dan pasti akan ada orang yang menarik tangan mak untuk memberi ruang mak bersolat...sewaktu mak bapak di tanah suci aku dan adik beradik yang lain tidak pernah lupa setiap waktu untuk mendoakan mak bapak dan membacakan surah yaasin demi mengharapkan mak bapak mudah segala urusannya ketika di sana...aku rasa peranan anak yang soleh seperti apa yang allah katakan memang ada sangkut pautnya walaupun mereka masih berada di dunia...mudah2an aku dan adik beradik ku yang lain akan menjadi harta yang boleh digunakan mak bapak ketika mereka di jemput Ilahi satu hari nanti...begitu juga aku mengharapkan pada anak2 ku juga agar mereka juga bakal menjadi insan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kami ibu bapanya bila kami telah tiada...

No comments:

Post a Comment