Friday, October 16, 2009

puaser 6 tak abih lagi...

dah ujung2 syawal ni baru nak terkejar2 nak cukupkan 6 hari puase sunat tuu..entahla..iman tak kuat lagi aku ni...kena banyak tarbiah lagi..bercakap pasal tarbiah,teringat akan kenangan lama time aku belajar2 dulu...kena tarbiah TQ9 kalau tak silap aku..yang bertuahnye ramai yang pergi TQ9 ni jodoh datang awal..aper taknyer..aku sendiri mengakhiri zaman remaja pada usia 22tahun,tak dan konvo tuu...time konvo dah ada insan tersayang kat sebelah...sahabat setarbiah aku pun sama..awal sikitla...dalam usia 21tahun..aper yang ku fikirkan, anak kami dan pun bersekolah walaupun usia kami masih 20-an...tapi itula yang dinamakan rezeki...aku rasa aku tak pernah menyesali dengan takdir yang Allah berikan ini...walaupun aku bekerja sekadar mengisi masa2 yang terluang dan bukanlah bekerja dengan semata2 kerana habuan yang besar tapi aku puas dapat mencurahkan ilmu yang ku ada sepanjag aku belajar erti hidup di dunia ini...hati ni sering juga kata..bila yer aku nak dapat kerja yang betul2 di namakan kerja macam orang lain?? mungkin Allah menahan untuk aku memperolehi rezki itu dan menggantikan aku dengan sesuatu yang lain..mungkin...segala2nya adalah kehendaknyer..jauh di sudut hati ni tetap mengharapkan yang suatu hari nanti Allah akan membalas setiap kesabaranku selama ini...

2 comments:

  1. kak,insya Allah rezeki ada di mana2 sahja.anak2 yang mendengar kata, membuat kita bahagia,itu juga satu rezeki.suami tersayang ada di sebelah kita juga merupakan rezeki yang tak ternilai.Cuba kita tgk org lain ,ada lg yang belum2 kahwin.Dan ada yang kahwin,belum2 lagi dapat anak.kita?hm..alhamdulillah dalam usia yang muda telah merasa nikmat alam perkahwinan dengan dikurniakan anak2 yang comelkan?insya Allah kita ni insan yang lupa sebenarnya..apa yang kita ada sering kita lupakan, apa yang tiada sering dirisaukan..nikmat yang ada barukan kita rasakan bila nikmat tersebut sudah tiada dengan kita.Kak, berbahagialah dengan kebahagiaan yang akk ada sekarang.Tentu ada hikamh di sebalik semua ujian dan nikmat yang ada dalam kehidupan kita.Kak, berbahagialah dengan status seorang guru, terlalu besar jasa dan pengorbanan, sehingga dibawa ke mati,ilmu yang kita curahkan dengan penuh ikhlas.Baik kita miskin di dunia,asalkan hati bahagia.Jangan kita miskin di akhirat kelak.Apa guna banyak wang, tapi hati sentiasa gelisah tidak tentu arah.Hm..peringatan untuk kita bersama.
    "jauh di sudut hati ni tetap mengharapkan yang suatu hari nanti Allah akan membalas setiap kesabaranku selama ini... "- kak, insya Allah ,Allah telah berjanji untuk memberikan habuan untuk orang2 yang bersabar dan sentiasa berdoa..'Jika doamu tidak dimakbulkan tanda Allah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu.dan seandainya tidak dimakbulkan di dunia ini, insya Allah di akhirat kelak,pasti ada ganjarannya,insya Allah.k,salam kerinduan dari kami sekeluarga di sini.wassalam

    ReplyDelete
  2. terima kasih dik atas peringatan itu...itula yang dinamakan manusia yang tidak puas dgn apa yang ada di sekelilingnyer..InsyaAllah,segala kata2mu dik akan akak jadikan penguat jiwa yang amat lemah ini..love u so much!!

    ReplyDelete