Thursday, October 29, 2009

lamanyer tak up date blog...tak tau aper nak citer..

emm..my hubby and anak2 semua dah tidur..aku jer yang terkebil2 mata payah nak lelap..mungkin petang tadi cuaca sejuk menyebabkan aku sempat melelapkan mata walau tidak lama tapi itula antara punca mata ini payah nak lena..sebenarnya dalam aku terkebil2 mata pejam celik mata tak boleh nak lelap tapi sempat juga aku teringat pada hasil penulisan aku yang tergendala berkaitan tentang perjalanan seorang wanita yang bergelar suri hidup seorang suami..kisah itu mungkin tentang aku dan tapi mungkin juga kisah orang lain yang mempunyai kisah perjalanan hidup yang serupa..aku masih ingin terus menulis dan menghabiskan kisah2 yang terjadi dalam buku sulungku ini..sebenarnya bukan mudah nak menyiapkan setiap bab dalam penulisanku dek kerana kesenggangan masa yang mungkin kurang di titik beratkan..itulah aku sebagai insan biasa yang bergelar manusia tidak kisah tentag erti masa yang telah ditinggalkan sedangkan setiap manusia tau masa tidak akan kembali atau berputar semula ditempat asalnya...
Mak...apa khabarla mak sekarang??kiranya sudah hampir 2 minggu aku tidak tahu khabar tentangnya..moga2 emak bapak sihat dan beroleh ketenangan hidup di dunia ini dan di akhirat nanti..musim haji dah pun kembali..penerbangan pertama sudah pun berlepas..ini menandakan sudah genap setahun mak bapak kembali ke tanah air setelah menunaikan haji pada tahun lepas..terasa masa cepat berlalu..teringat aku waktu mengiringi mak bapak ke pusat tabung haji tempat berkumpulnya semua jemaah haji yang nak berlepas menunaikan haji dalam penerbangan yang ke 78..sangat ramai! terujanya aku untuk menjejaki mak bapak ku ke tanah suci satu hari nanti..penarbangan mak pada pukul 5 pagi dan seawal jam 3 pagi jemaah haji telah mendaftarkan diri masuk kedalam bangunan tabung haji untuk mendengar taklimat sebelum berlepas ke KLIA dengan menaiki bas..termasuk mak bapak ku..orang terlalu ramai beratur untuk mandapatkan tag name dan entah apa lagi..mujurlah ada seorang yang seperti mengenali mak bapak ku dan menghampiri mereka lalu bertanya khabar..rupanya anak angkat mak saudaraku bekerja menguruskan bakal2 jemaah haji ke makkah..jadi bertambah mudahlah urusan mereka kerana mak bapak tak perlu beratur malah anak saudara mak tu tadila yang datang sendiri ke khemah tempat kami adik beradik berkumpul menyerahkan barang yang di perlukan..Alhamdulillah..aku terus berdoa moga2 semua urusan mak bapak di sana nanti semudah urusan tadi..jam menunjukkan 3 pagi..mak bapak diantara orang yang terawal masuk kedalam bangunan tadi..setelah mak bapak masuk maka di situlah tempat perpisahan kami..sebelum mereka masuk..hanya peluk cium dan tangisan yang menjadi kenangan kami sebalum pemergian mereka selama 43 hari ke tanah suci untuk mencari keredhaan ilahi...pada situasi ketika itu..hanya tuhan saja yang mengerti peritnya hati ini melihat mak bapak semakin lama semalin hilang pada pandangan mata kami...sedihnya masih terasa sehingga kini jika di imbas kembali peristiwa itu..jam 3.30 pagi aku teru balik ke rumah yang hanya 30 minit perjalanan untuk sampai ka rumah..adik beradik lain pun turut serta pulang kerumah masing2..itula kami bertemu ketika itu..dan selang seminggu selepas tu barula ada khabar tentang mak bapak..bapak telefon kakak yang mengatakan mereka sihat dan seronok berada di sana..tapi sebelum bapak telefon aku telah mendapat mimpi yang mak sesat disana..mimpi tu seolah2 benar2 terjadi! bangun dari tidur aku menangis..dan terfikir..bagaimana jika mimpi itu benar2 terjadi pada mak ku..Alhamdulillah rupanya pada siang harinya aku di khabarkan yang mak bapak sihat dan tak perlu risaukan mereka..ada banyak cerita yang mak bapak ceritakan sekembalinya mereka ke tanah air..tapi mata ini terasa dah mengantuk..takut terlewat bangun jer subuh esok kalau lewat2 tidur ni...dan InsyaAllah aku akan sambung cerita kisah perjalanan haji mak bapak ku dalam post2 akan datang...cerita yang sangat menyeronokkan yang menyebabkan kita sangat teruja untuk ke tanah suci juga...tunggu....

No comments:

Post a Comment