Monday, November 23, 2009

Permudahkanlah segala urusan kami, ya Allah..............

Minggu ni my hubby pergi kursus di cameron highland selama 4 hari bermula semalam...dan kami akan balik ke kampung di paka, Terengganu hanya sehari sebelum raya Aidiladha...anak2 sebenarnya lebih memilih untuk balik ke kampung sebelah ana, tapi kita ni bab balik kampung memang kena ikut sistem giliran...walaupun anak2 lebih menyukai sama ada kampung nenek atau kampung tok,tapi kita yang dah dewasa dan boleh fikir mana yang lebih utama tujuan kita...sebenarnya ana dan keluarga memang jarang balik kampung...tambah lagi sekarang ayah mertua ana memang sedang sakit dan dirawat di wad hospital dungun...minggu lepas ana dapat sms dari sorang adik ipar ana mengatakan ayah memang dah tenat...Sebenarnya ayah sakit memang dah lama, macam2 penyakit yang ditanggungnya sekarang...kena himodialisis 3 kali seminggu tambah menyakitkan...ayah pun sekarang sering mempunyai emosi yang tidak stabil..kadang2 marah tak menentu..orang2 di sekelilingnya memang terpaksa tahan dengan ujian yang ditimpakan ke atas ayah. Kami mengaku memang tak mampu jaga ayah...jarang balik jengok ayah,jarang dapat hantar ayah pergi hospital,jarang dapat pimpin tangan ayah...tapi itulah yang terpaksa kami hadapi ayah...memang semua anak2 ayah duduk hampir dengan ayah, cuma kami saja yang tercampak jauh di sini...semua itu bukanlah mengikut kehendak kami..tetapi kesenggangan masa yang membataskan kami untuk melakukan tanggung jawab menjaga ayah dengan baik...bila waktu cuti2 beginilah masa2 yang membolehkan kami balik menjengok ayah dan mak di kampung...mudah2an Allah mengampunkan segala dosa kami kerana jarang menjaga ayah ketika sedang sakit sekarang....ya Allah..kurangkanlah penderitaan ayah kami..sekiranya sihat yang boleh mengurangkan penderitaan itu...sihatkanlah tubuh badan ayah kami...dan sekiranya mati itu yang boleh mengurangkan azab penderitaan ayah selama ini...ampunkanlah dosanya,tempatkanlah ayah dikalangan orang yang Engkau redhai ya Allah..berilah dia syurgamu ya Allah....amin ya robbalalamin...

No comments:

Post a Comment