Wednesday, November 25, 2009

Bertungkus lumus mengemas rumah....

Bermula dari awal pagi lagi ana mengerahkan anak2 menolong ummi dia mengemas tempat tidur, susun bantal, kutip pakaian yang dah dipakai masuk dalam bakul, susun selipar dan lepas tu mandi....walau pun anak2 ana semuanya anak teruna,tapi ana try untuk train mereka sejak kecil untuk menolong buat kerja2 rumah...walaupun kadang2 tu anak2 merungut..tapi ana tetap cuba terapkan sikap suka menolong itu dalam diri mereka. Kerana bermula dari kecillah sikap yang di terapkan itu akan terus di guna pakai sehingga mereka dewasa, berumah tangga, bermasyarakat dan sebagainya...
Ana sebenarnya cukup perasan bila mana sahabat ana ada berbual2 dengan ana berkaitan dengan anak lelaki kelantan..dia kata "orang lelaki kelantan tak pandai buat kerja2 dapur atau tolong buat kerja2 rumah", sahabat ana tu memang orang kelantan ori tuuu...ana tanya sebab apa? sebab dia orang memang tak di train buat kerja2 macam tu dari kecik...bagi kami kerja2 rumah,kerja dapur semua hanya perempuan yang layak buat...patutlaa....???? ana tertanya2 selama ini tentang perkara tu.. dan sendiri dapat jawapan dalam perbualan tuu..bukan apa sebenarnya ana pun ditakdirkan allah dapat jodoh orang pantai timur..ana tengok kalau ada kenduri kendara yang sebuk buat kerja dan bertungkus lumus dalam majlis tersebut memang kaum wanita...dan kaum lelaki hanya tolong mana yang tak mampu dilakukan oleh kaum wanita, macam pasang khemah ke atau potong daging...tapi kalau kaum wanita...masak, basuh pinggan, dan segala macam kerja dilaksanakan oleh mereka...
Berbeza sungguh suasana dikampung ana bila ada kenduri kendara...kaum lelaki lebih cekap buat kerja berbanding wanita..kerja2 wanita hanya duduk mengupas bawang ke, potong bawang ke, kupas ubi kentang ke, bungkus kuih koci ke, atau sekadar duduk makan2...lain2 kerja semua lelaki...hanya 2-3 orang saja wanita yang mengarahkan buat kerja apa yang patut di buat oleh orang lelaki yang tak tau buat kerja...termasuk masak, cuci pinggan, sambut tetamu, ambik tau tentang hidangan tetamu, dan sebagainya...dan bila habis majlis, semua bergotong royong mengemas dan bila tetamu kembali ke rumah masing2, tuan rumah hanya buat kerja menyusun pinggan mangkuk yang dah bersih dan mengemas dalam rumah sahaja kerana luar rumah memang dah clear....
Bercakap bab kemas mengemas ni...raya Edul adha dah hampir..tu yang kena mengemas rumah sakan pagi tadi...InsyaAllah esok pagi ana dan keluarga akan bermusafir pulang ke kampung my hubby di paka, dungun Terengganu...tapi ana tak packing lagi apa2 pakaian yang nak di bawa...dan InsyaAllah malam ni my hubby akan sampai di rumah setelah berkursus selama 4 hari di cameron. Anak2 seronok sangat bila dapat tahu aby dia orang dah on the way.. ana pun apa kurang nya...seronok dan rasa rindu sangat!! Ana doakan moga2 my hubby akan selamat sampai di rumah kami nanti...

Monday, November 23, 2009

Jadual harian yang merelaxkan....







Hari ni hari pertama anak mula bercuti sekolah, ana juga mula bercuti...jadual harian juga sangat simple..tak perlu hantar dan ambik anak sekolah,tak perlu menyiapkan anak nak kesekolah...dan yang penting kami makan pun sekadar makan yang mengenyangkan perut sahaja...anak2 lebih gemarka roti keping yang di sapu planta dan ditabur sedikit gula diatasnya..ana pula masak spegeti yang boleh dimakan berkali2...spegeti memang makanan kegemaran ana...my hubby tak kata tak suka tapi bila ana buat dia akan makan...hari juga ana hampir menamatkan sebuah buku berkaitan tentang asas2 islam...walaupun buku tu nampak simple tapi ana perlu membacanya untuk mengingatkan diri ana sendiri...dan hari ni adalah hari ke dua my hubby di cameron...malam tadi sesudah habis sesi pertama dia sempat ber sms untuk bertanyakan hal kami dan mengucapkan selamat malam sebelum tidur...rasa seronok juga sesekali ditinggalkan...yerlaa..bak kata orang..sayangkan anak tangan2kan, sayangkan isteri tinggal2kan... tapi bukanlah tinggalkan terlalu lama atau terus tinggal begitu saja....
Hari Rabu lepas ada hari anugerah kecemerlangan anak di sekolah...Abang Ah periksa akhir tahun dapat tempat ke-2 bagi keseluruhan kelas..sayang juga tempat pertama dan kedua hanya dipisahkan dengan beza satu markah! Abang Ah bersekolah di sekolah tadika islam seri cendana, yang mempunyai 3 kelas bagi murid 5 tahun dan 3 kelas juga untuk murid 6 tahun..hari anugerah tu Abang Ah membuat persembahan dikir barat..sebelum persembahan, hari2 berlatih di sekolah sampai serak2 suara anak tuu...anak ana yang kecik tuu pun naik hafal lagu dikir barat abang dia...my hubby diantara VIP jemputan dalam majlis tersebut dan merangkap pembaca doa selepas perasmian..rasa sangat seronok tengok anak terima hadiah dan buat persembahan...
Sebelum hari penganugerahan tu, ana dan guru2 tadika yang lain bertungkus lumus menyiapkan persiapan umpama nak menyambut menantu! Ana terpaksa memanjat tangga membuat pelamin pentas dan persiapan2 lain, memang sungguh memenatkan! tapi ana bersyukur...anak ana diantara murid yang menerima anugerah itu....
Mudah2an anak2 ana akan terus berjaya dalam pelajaran dan terus mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat...juga buat my love..mudah2an my hubby akan terus sihat dan berjaya dalam apa saja yang di impikannya...

Permudahkanlah segala urusan kami, ya Allah..............

Minggu ni my hubby pergi kursus di cameron highland selama 4 hari bermula semalam...dan kami akan balik ke kampung di paka, Terengganu hanya sehari sebelum raya Aidiladha...anak2 sebenarnya lebih memilih untuk balik ke kampung sebelah ana, tapi kita ni bab balik kampung memang kena ikut sistem giliran...walaupun anak2 lebih menyukai sama ada kampung nenek atau kampung tok,tapi kita yang dah dewasa dan boleh fikir mana yang lebih utama tujuan kita...sebenarnya ana dan keluarga memang jarang balik kampung...tambah lagi sekarang ayah mertua ana memang sedang sakit dan dirawat di wad hospital dungun...minggu lepas ana dapat sms dari sorang adik ipar ana mengatakan ayah memang dah tenat...Sebenarnya ayah sakit memang dah lama, macam2 penyakit yang ditanggungnya sekarang...kena himodialisis 3 kali seminggu tambah menyakitkan...ayah pun sekarang sering mempunyai emosi yang tidak stabil..kadang2 marah tak menentu..orang2 di sekelilingnya memang terpaksa tahan dengan ujian yang ditimpakan ke atas ayah. Kami mengaku memang tak mampu jaga ayah...jarang balik jengok ayah,jarang dapat hantar ayah pergi hospital,jarang dapat pimpin tangan ayah...tapi itulah yang terpaksa kami hadapi ayah...memang semua anak2 ayah duduk hampir dengan ayah, cuma kami saja yang tercampak jauh di sini...semua itu bukanlah mengikut kehendak kami..tetapi kesenggangan masa yang membataskan kami untuk melakukan tanggung jawab menjaga ayah dengan baik...bila waktu cuti2 beginilah masa2 yang membolehkan kami balik menjengok ayah dan mak di kampung...mudah2an Allah mengampunkan segala dosa kami kerana jarang menjaga ayah ketika sedang sakit sekarang....ya Allah..kurangkanlah penderitaan ayah kami..sekiranya sihat yang boleh mengurangkan penderitaan itu...sihatkanlah tubuh badan ayah kami...dan sekiranya mati itu yang boleh mengurangkan azab penderitaan ayah selama ini...ampunkanlah dosanya,tempatkanlah ayah dikalangan orang yang Engkau redhai ya Allah..berilah dia syurgamu ya Allah....amin ya robbalalamin...

Monday, November 16, 2009

Bagaimana untuk mengelakkan suami lari????

baru2 ni ana pergi ke kursus motivasi sehari bertajuk" ibu bapa cemerlang melahirkan anak yang gemilang"lebih kurangla tajuk dia macam tuu...anjuran dari jabatan agama islam wilayah persekutuan.Dalam banyak2 topik yang di bicarakan oleh penceramah yang didatangkan khas dari JPA yang sangat lucu...ana tertarik untuk menulis berkaitan bagaimana nak mengelakkan suami lari atau cari yang lebih menarik atau juga mencari yang lebih indipendent...mari kita cari solutionnya...penceramah lucu tu kata..bagi perempuan2 yang bergelar isteri tu..kena buat dan cuba buat amalan ni..pertamanya..kita kena jadi seperti isteri pertama yang mempunyai sikap dan sifat yang tabah,sabar,kuat semangat,pandai mendidik anak.
Keduanya kita kena jadi seperti isteri ke dua..pandai cari duit,berusaha bersama2 nak bangunkan ekonomi keluarga,indepandent,dan tidak terlalu mengharapkan pertolongan suami.
Ketiganya kita kena menggambarkan jika kita berada ditempat isteri ketiga,kita mesti berusaha menambat hati suami,pandai melayan,tidak kira melayan dimana jua sehingga di bilik tidur sekalipun!! pandai memasak makanan kegemarannya,pandai menjaga pakaiannya,pandai serba serbi dalam bab ilmu rumahtangga.
keempatnya...cuba kita bayangkan kita berada dalam situasi yang dialami oleh isteri yang keempat...pasti isteri tu pula akan berikhtiar,berusaha walau bagaimana caranya untuk menarik perhatian sisuami.. iaitu dengan cara sentiasa berhias,pandai menghiburhan hati suami dikala suami dalam kesedihan atau kesusahan,pandai memujuk dan pandai mengambil hati.
Mampu ker ana jadi seperti itu???sedangkan dalam situasi isteri pertama pun kadang2 ana terhakis juga kesabaran dalam hati ni dalam menghadapi karenah anak2 dan kadang2 juga karenah suami yang tak memahami hati ini kononnya, juga mungkin tarbiah diri ana yang kurang ilmu dan lagi jahil ini yang tidak dapat menahan bisikan2 syaitan yang bersifat kedunian...
Apatah lagi untuk cuba berada di situasi isteri kedua???sedangkan ana tidak mampu untuk mencari fund untuk keluarga apatah lagi untuk menjadi penguat ekonomi dalam rumah tangga?? tapi suami ana selalu mententeramkan hati ana yang mengatakan..sebenarnya,sebaik2 wanita/isteri adalah yang berada di rumah...tapi walau di rumah tak semestinya tidak mampu untuk mencari funder bagi kekuatan ekonomi rumah tangga??itulah yang menjadi persoalan dalam hati ana dan ana mesti mencari alternatif untuk merungkaikan sendiri persoalan ini.
Pandai melayan??? yer memang seorang isteri wajib pandai melayan kehendak atau karenah suami...asalkan segala2nya masih dalam garisan kemampuan si isteri...yerla bukan semua manusia ini di jodohkan dengan isteri2 yang sihat atau sempurna....dalam situasi ini ana memang cukup berusaha untuk mencari ilmu masakan dan ana akan sentiasa memasak menu yang lain setiap hari mengikut kegemaran si die...juga kegemaran anak2....tentang pakaian,ana akan pastikan pakaian die semua di hanger..dan ber iron,semua kena tersedia dan mudah untuk di cari.
InsyaAllah...untuk berada di tempat isteri ke empat kita isteri2 biarla berhias itu diniatkan untuk menambat hati suami dirumah sahaja dan bukannya dipanjangkan sehingga diluar rumah atau di tempat kerja. Untuk menghiburkan hati suami bukan hanya dengan muzik kegemarannyan tetapi melalui perkataan,perbuatan kita yang menyenagkan hatinya. mudah2an dengan perkongsian edia dari penceramah lucu tuu...ana dan sahabat2 yang membaca blog ana ini mendapat manafaatnya....

Friday, November 13, 2009

suienela aku orak ngomong jowo...

koyone memang wes suie banget aku orak ngomong jowo....angger arek ngomong pun karo sopola nak neng ngomah kii...ngomong karo anak2?..emm..mamang gor diguyoni...meneh agger karo anakku seng cilikkii...gor pande melokke aku ngomong wae kui pun pelat2...aku seng nguyu dewe....
arek ngomong karo bojone...menehla dae orak paham!!nak aku ngomong pun seng dae paham gor..mangan,ngombe,turu..lain2 orak reti..lama2 aku rasa bahasa jowo ki pupus sebabpe lepas generasi ke4,seko moyang memang asal wong jowo ori,paski embah,emak gek akuki...kuipun aku untung jugak aku asek iso ngomong versi jowo ki..lain2 kebanyakanne angger wes tekan generasi ke4 wes ilang jowone...kui pun nak aku arek ngomong jowo gor karo emak bapak wae...adek beradikku pun kabeh ngomong melayu..mungkin wes bioso omongane karo anak2 ngomong koyo ngunu..isuk ki pun aku orak reti topik opo seng aku arek nulis...gor saja arek ngelepaske gian ngomong jowo neng keneki...anak2ku pun asek podo turu..mambengi aku nek turu lambat jugak..mbateri bojone" marking paper exam",gek lepas subuh mau terus ngawe wedang karo ngodok endok separuh mateng..engko bojone balik pukul 11am arek ngeterke anak sekolah..kuie barula mangan sarapan seng berat sitik..aku untung jugak due bojo seng "very understanding" pasal panganan memang orak kesah aku arek masak opo pun...Alhamdulillah...syukur banget!! mugo2 aku karo keluargoku terus dipenakke urip neng dunio iki gek dipenakke jugak neng akhirat engko...amin..