Monday, November 23, 2009

Jadual harian yang merelaxkan....







Hari ni hari pertama anak mula bercuti sekolah, ana juga mula bercuti...jadual harian juga sangat simple..tak perlu hantar dan ambik anak sekolah,tak perlu menyiapkan anak nak kesekolah...dan yang penting kami makan pun sekadar makan yang mengenyangkan perut sahaja...anak2 lebih gemarka roti keping yang di sapu planta dan ditabur sedikit gula diatasnya..ana pula masak spegeti yang boleh dimakan berkali2...spegeti memang makanan kegemaran ana...my hubby tak kata tak suka tapi bila ana buat dia akan makan...hari juga ana hampir menamatkan sebuah buku berkaitan tentang asas2 islam...walaupun buku tu nampak simple tapi ana perlu membacanya untuk mengingatkan diri ana sendiri...dan hari ni adalah hari ke dua my hubby di cameron...malam tadi sesudah habis sesi pertama dia sempat ber sms untuk bertanyakan hal kami dan mengucapkan selamat malam sebelum tidur...rasa seronok juga sesekali ditinggalkan...yerlaa..bak kata orang..sayangkan anak tangan2kan, sayangkan isteri tinggal2kan... tapi bukanlah tinggalkan terlalu lama atau terus tinggal begitu saja....
Hari Rabu lepas ada hari anugerah kecemerlangan anak di sekolah...Abang Ah periksa akhir tahun dapat tempat ke-2 bagi keseluruhan kelas..sayang juga tempat pertama dan kedua hanya dipisahkan dengan beza satu markah! Abang Ah bersekolah di sekolah tadika islam seri cendana, yang mempunyai 3 kelas bagi murid 5 tahun dan 3 kelas juga untuk murid 6 tahun..hari anugerah tu Abang Ah membuat persembahan dikir barat..sebelum persembahan, hari2 berlatih di sekolah sampai serak2 suara anak tuu...anak ana yang kecik tuu pun naik hafal lagu dikir barat abang dia...my hubby diantara VIP jemputan dalam majlis tersebut dan merangkap pembaca doa selepas perasmian..rasa sangat seronok tengok anak terima hadiah dan buat persembahan...
Sebelum hari penganugerahan tu, ana dan guru2 tadika yang lain bertungkus lumus menyiapkan persiapan umpama nak menyambut menantu! Ana terpaksa memanjat tangga membuat pelamin pentas dan persiapan2 lain, memang sungguh memenatkan! tapi ana bersyukur...anak ana diantara murid yang menerima anugerah itu....
Mudah2an anak2 ana akan terus berjaya dalam pelajaran dan terus mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat...juga buat my love..mudah2an my hubby akan terus sihat dan berjaya dalam apa saja yang di impikannya...

No comments:

Post a Comment