Monday, November 16, 2009

Bagaimana untuk mengelakkan suami lari????

baru2 ni ana pergi ke kursus motivasi sehari bertajuk" ibu bapa cemerlang melahirkan anak yang gemilang"lebih kurangla tajuk dia macam tuu...anjuran dari jabatan agama islam wilayah persekutuan.Dalam banyak2 topik yang di bicarakan oleh penceramah yang didatangkan khas dari JPA yang sangat lucu...ana tertarik untuk menulis berkaitan bagaimana nak mengelakkan suami lari atau cari yang lebih menarik atau juga mencari yang lebih indipendent...mari kita cari solutionnya...penceramah lucu tu kata..bagi perempuan2 yang bergelar isteri tu..kena buat dan cuba buat amalan ni..pertamanya..kita kena jadi seperti isteri pertama yang mempunyai sikap dan sifat yang tabah,sabar,kuat semangat,pandai mendidik anak.
Keduanya kita kena jadi seperti isteri ke dua..pandai cari duit,berusaha bersama2 nak bangunkan ekonomi keluarga,indepandent,dan tidak terlalu mengharapkan pertolongan suami.
Ketiganya kita kena menggambarkan jika kita berada ditempat isteri ketiga,kita mesti berusaha menambat hati suami,pandai melayan,tidak kira melayan dimana jua sehingga di bilik tidur sekalipun!! pandai memasak makanan kegemarannya,pandai menjaga pakaiannya,pandai serba serbi dalam bab ilmu rumahtangga.
keempatnya...cuba kita bayangkan kita berada dalam situasi yang dialami oleh isteri yang keempat...pasti isteri tu pula akan berikhtiar,berusaha walau bagaimana caranya untuk menarik perhatian sisuami.. iaitu dengan cara sentiasa berhias,pandai menghiburhan hati suami dikala suami dalam kesedihan atau kesusahan,pandai memujuk dan pandai mengambil hati.
Mampu ker ana jadi seperti itu???sedangkan dalam situasi isteri pertama pun kadang2 ana terhakis juga kesabaran dalam hati ni dalam menghadapi karenah anak2 dan kadang2 juga karenah suami yang tak memahami hati ini kononnya, juga mungkin tarbiah diri ana yang kurang ilmu dan lagi jahil ini yang tidak dapat menahan bisikan2 syaitan yang bersifat kedunian...
Apatah lagi untuk cuba berada di situasi isteri kedua???sedangkan ana tidak mampu untuk mencari fund untuk keluarga apatah lagi untuk menjadi penguat ekonomi dalam rumah tangga?? tapi suami ana selalu mententeramkan hati ana yang mengatakan..sebenarnya,sebaik2 wanita/isteri adalah yang berada di rumah...tapi walau di rumah tak semestinya tidak mampu untuk mencari funder bagi kekuatan ekonomi rumah tangga??itulah yang menjadi persoalan dalam hati ana dan ana mesti mencari alternatif untuk merungkaikan sendiri persoalan ini.
Pandai melayan??? yer memang seorang isteri wajib pandai melayan kehendak atau karenah suami...asalkan segala2nya masih dalam garisan kemampuan si isteri...yerla bukan semua manusia ini di jodohkan dengan isteri2 yang sihat atau sempurna....dalam situasi ini ana memang cukup berusaha untuk mencari ilmu masakan dan ana akan sentiasa memasak menu yang lain setiap hari mengikut kegemaran si die...juga kegemaran anak2....tentang pakaian,ana akan pastikan pakaian die semua di hanger..dan ber iron,semua kena tersedia dan mudah untuk di cari.
InsyaAllah...untuk berada di tempat isteri ke empat kita isteri2 biarla berhias itu diniatkan untuk menambat hati suami dirumah sahaja dan bukannya dipanjangkan sehingga diluar rumah atau di tempat kerja. Untuk menghiburkan hati suami bukan hanya dengan muzik kegemarannyan tetapi melalui perkataan,perbuatan kita yang menyenagkan hatinya. mudah2an dengan perkongsian edia dari penceramah lucu tuu...ana dan sahabat2 yang membaca blog ana ini mendapat manafaatnya....

No comments:

Post a Comment